Thursday, June 17, 2010

keropok oh keropok

mu tau dop++++++++++
Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu. Orang Kelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (the original word is “lingkar”). Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus. Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”.

Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.

Bila musim cuti sekolah, ramai pelancong yang datang ke Kuala Terengganu untuk melihat keindahan Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Untuk ke sana, laluan jalannya ke Muzium Negeri. Selesai melawat Muzium yang terbesar di Asia Tenggara tu bolehlah pergi melawat Taman Tamadun Islam. Sungguh indah. Sesiapa yang datang ke Terengganu kalau tak berkunjung ke TTI ni memang sepertinya tidak sampai ke Terengganu. Dan jangan lupa singgah ke Losong Haji Su untuk beli Keropok Losong.

Keropok adalah sejenis makanan berasaskan ikan yang paling popular di negeri Terengganu. Ianya diperbuat daripada isi ikan,sagu,tepung ubi dan garam,diadun dan dibentuk memanjang sebelum dimasak. Nama keropok lekor ini berasal dari bentuknya yang panjang lebih kurang ½ meter dan boleh dilikar menjadi satu likaran.
Walaubagaimanapun keropok lekor tradisional ini telah dipertingkatkan dan diubahsuai mengikut kehendak pengguna dan trend pasaran masakini. Keropok lekor sekarang lebih pendek saperti sosej yang mana lebih senang dimakan dan mesra pengguna. Keropok lekor juga boleh disimpan sejukbeku.Pengguna hanya perlu memanaskannya sebelum dimakan.


                                                                         resipi nenek



Bila dah balik dan kalau nak buat keropok, resepinya sebegini.....
Bahan:
Isi ikan selayang/ikan tamban 1.5 kg
Tepung sagu 1 kg
Garam halus 50 g
Gula 25 g
Air (berais) 500 - 625g
MSG (jika suka)

Kaedah:

1. Ikan disiang, perut dibuang dan dibersihkan. Ambil isinya.
2. Kisar isi ikan dengan alat pengisar.
3. Campurkan garam,gula, MSG.
4. Masukkan tepung sagu dan air berais, dan gaul sehingga sebati.
5. Bentuk adunan menjadi batang saperti sosej.
6. Rebus dalam air mendidih sehingga masak atau kukus atau terus goreng.
7. Hidang keropok lekor bersama sos cili/sos pencicah.

No comments:

Post a Comment